PELUANG KERJA TERBUKA LUAS
KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan
pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan,
pengurusan serta latihan.
Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan
secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk
menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan
pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula
jadi.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi
mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada
realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia,
memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan
pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
Pelbagai pengkhususan di bidang
kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar
negara.
Di antara pengkhususan itu ialah
kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli,
mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan
pertanian.
Perkembangan semasa di Malaysia
mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat
mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu
memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan
sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.
Ciri-ciri peribadi
yang diperlukan:
v Mempunyai
pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
v Mempunyai
kemahiran computer
v Tekun
dan bekerja keras
v Mempunyai
keinginan untuk Berjaya
v Seorang
yang dinamik
v Dapat
bekerja secara berkumpulan
v Meminati profesion ini
Syarat menceburi
bidang ini
Calon harus memiliki ijazah mana-mana
bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.
Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli
Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of
Engineers Malaysia.
Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman
pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak
ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.
Tempat melanjutkan
pengajian
Universiti yang menawarkan kursus di
peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra
Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah
(UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara
(UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).
UTM,
UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat
diploma.
Universiti-universiti
luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New
Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.
Syarat melanjutkan
pengajian
Calon perlu lulus peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat kepujian mata
pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa
Melayu dan Inggeris.
Bagi peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus matematik tulen, matematik
gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.
Tempoh pengajian adalah di antara empat
hingga enam tahun.
Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM
serta universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand
dan Singapura.
Lulusan program matrikulasi atau asasi
sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di
universiti-universiti tempatan.
Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang
memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM.
Universiti swasta tempatan seperti
Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi
Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda.
Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM,
politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon.
Jurutera ialah individu yang terlatih
dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam
mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal
terbang.
No comments:
Post a Comment