Tentang Kami






SMK Sultan Alauddin Riayat Shah I (SARSI) mula dibuka pada 7 Januari 1965 menggunakan nama 'SM Kebangsaan dan Inggeris Panchor' dan menumpang di bangunan SK Kg Melayu Panchor. Pada masa itu bilangan guru hanya seramai enam orang dan diketuai oleh En Abd Rajman Kasbon. Terdapat hanya (3) tiga buah kelas yang dijalankan pada sebelah petang kerana pada sebelah pagi bangunan sekolah berkenaan digunakan oleh SK Kg Melayu Panchor. Kumpulan pertama pelajar aliran kebangsaan menduduki peperiksaan SRP di situ pada tahun 1967.
Pada tahun ini juga bangunan tetap sekolah ini mula dibina di atas tapak seluas 15 ekar di Bukit Mentulang, Pagoh. Bangunan tersebut terdiri daripada 2 blok yang mengandungi 12 bilik darjah, bilik guru, makmal dan bilik SRT. Pada penggal ketiga tahun 1968 pelajar-pelajar SMK SARSI mula berpindah ke bangunan baru walaupun kemudahan asas masih belum lengkap.
Kumpulan pertama pelajar menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1970. Pada tahun 1972 sebuah bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, makmal dan dewan dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Pada tahun ini juga PIBG ditubuhkan dengan di Pengerusikan oleh En A Aziz bin Abu Bakar. Mesyuarat jawatankuasa PIBG pertama telah mengambil keputusan untuk menukar nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan dan Inggeris Panchor kepada Sekolah Sultan Alauddin Riayat Shah I sempena dengan sejarah tempatan.
Pada 9 Jun 1990, SMK SARSI telah dirasmikan oleh YAB En Abd Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. YAB En Abd Ghafar juaga telah meluluskan peruntukan RM50,000 untuk menambah kemudahan Pusat Sumber Sekolah. Pada hari yang sama pihak sekolah juga telah memajukan permohonan untuk mendapatkan sebuah padang seluas 5 ekar bagi menambah padang yang sedia ada yang saiznya agak kecil.



                                  PENGETUA KAMI





VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG.


MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI.



MATLAMAT STRATEGIK SEKOLAH

Kurikulum

1.      Memastikan guru mengajar mengikut opsyen.
2.      Memastikan guru menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran secara berkesan.
3.      Melaksanakan pemantauan dan pencerapan guru secara berkesan.
4.      Meningkatkan motivasi guru dan pelajar supaya tidak “burn out”.
5.      Menentukan setiap unit kurikulum berperanan sepenuhnya dan ada budaya kaizen.

Kokurikulum


1.      Memastikan program kokurikulum terancang.
2.      Memastikan pencapaian terbaik dalam setiap pertandingan yang disertai.
3.      Memastikan setiap pelajar menganggotai tiga bidang kokurikulum iaitu persatuan akademik, badan beruniform dan permainan.
4.      Memastikan guru memperolehi sijil kejurulatihan yang diiktiraf.
5.      Memastikan pemantauan kehadiran pelajar dijalankan.

Sahsiah


1.      Memastikan program bimbingan dan kaunseling dilaksanakan dengan berkesan.
2.      Memastikan semua pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
3.      Memastikan setiap salahlaku pelajar diambil tindakan, direkodkan dan dimaklumkan kepada ibubapa berkenaan.
4.      Memastikan semua pelajar bermotivasi.
5.      Memastikan nilai-nilai murni diamalkan.

3K – Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan.


1.      Merancang dan melaksanakan program 3K sepanjang tahun.
2.      Memantau program 3K yang dirancang dijalankan dengan sempurna.
3.      Membuat lawatan benchmarking(penanda aras) ke sekolah atau institusi yang cemerlang.

Pengurusan dan Pentadbiran


1.      Mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan amalan pengurusan berkesan.
2.      Memastikan pengurusan dan pentadbiran kewangan diuruskan dengan cekap dan berkesan.
3.      Membentuk budaya kerja cekap, tepat, pantas.
4.      Memastikan semua urusan dijalankan dengan telus dan tulus.
5.      Memastikan stok dan inventori diuruskan secara sistematik.
6.      Memastikan semua arahan, peraturan, pekeliling dan akta dipatuhi.

Hubungan Komuniti

1.      Mewujudkan suasana harmoni antara sekolah dan komuniti.
2.      Memastikan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) berfungsi sepenuhnya.
3.      Memastikan Briged Komuniti berperanan dengan berkesan.



OBJEKTIF SEKOLAH

1.      Meningkatkan keputusan peperiksaan awam setiap tahun.
2.      Meningkatkan prestasi akademik pelajar dari segi kuantiti dan kualiti.
3.      Mengekalkan prestasi cemerlang aktiviti kokurikulum.
4.      Menanamkan rasa cinta akan sekolah di kalangan pelajar.
5.      Mengamalkan nilai-nilai murni untuk mewujudkan suasana harmonis di kalangan pelajar.
6.      Melahirkan pelajar yang menguasai 3M dan celik IT.
7.      Melahirkan pelajar bestari Wawasan 2020.


PIAGAM PELANGGAN SMK SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH 1, PAGOH

Untuk merealisasikan Visi, SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:

Kepada Murid

Menyediakan suasana pendidikan terbaik untuk mengembangkan potensi murid ke arah kecemerlangan akademik, menguasai 3M, kokurikulum serta pembinaan sahsiah dan kualiti peribadi sesuai dengan wawasan negara. Menyediakan kakitangan yang bertanggungjawab, berdisplin, berhemah mulia dan kerja bersungguh-sungguh.

Kepada Ibubapa

Melayan ibu bapa yang berurusan di sekolah dengan mesra, berkualiti dan telus dalam jangka masa yang singkat.

Kepada Masyarakat

Menyediakan perkhidmatan berkualiti yang telus untuk sama-sama menyumbang dalam pembinaan generasi akan datang.

Jabatan Pelajaran

Menyalurkan maklumat dan menyelesaikan urusan organisasi dengan cekap, tepat masa dan berkesan berdasarkan piawaian yang ditetapkan.

Kepada Negara

Menyediakan generasi berwawasan yang menunjangi pembangunan negara untuk kesejahteraan umat melalui sistem Pendidikan Kebangsaan.