VISI
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan elektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.
MISI
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep
kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FALSAFAH
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
PIAGAM PELANGGAN
1.Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
2.Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
3.Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
4.Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan kod etika kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
5.Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
6.Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
8.Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan guru kaunseling.
9.Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

PRINSIP
- BDK adalah proses pendidikan terancang dan berterusan.
- BDK adalah untuk semua pelajar dan mereka yang memerlukannya
- Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila memerlukan.
- BDK diwujudkan untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam,menjelajah tujuan hidup dengan berkesan.
- BDK adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan individu.
- BDK menolong individu menyedari kelemahan diri dan memberi fokus kepada kekuatannya.
Jenis Kaunseling Individu
Peribadi – Akademik – Kerjaya – Kesihatan – Dadah – Keluarga - Kewangan
Jenis Kaunseling Kelompok
Kelompok Kaunseling – Kelompok Bimbingan – Kelompok Dinamik – Kelompok Kepimpinan