PRS

Pengenalan
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ditubuhkan demi membantu perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam menyediakan satu saluran untuk pelajar mendapatkan maklumat berkaitan akademik dan kerjaya, program pembangunan pelajar selain menjadi wadah perkongsian perasaan demi mengenalpasti kaedah terbaik menangani pelbagai isu berkaitan perkembangan remaja dalam masyarakat di sekolah.

Menurut Zuraidah (1987 ), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

Pelajar yang telah dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah tidak bertugas memberi nasihat dan menyelesaikan masalah orang lain tetapi membantu dengan menjadi teman bicara selain menanam kepercayaan dalam diri individu untuk mendapatkan bantuan pada saluran yang dirasakan perlu.

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga mampu memberi sumbangan di sekolah dengan mewujudkan suasana persekitaran yang selamat melalui budaya penyayang dan saling membantu di kalangan pelajar selain memupuk nilai diri yang peka, bertolak ansur dan bertimbang rasa serta rela membantu orang lain dalam masyarakat majmuk berbilang kaum.

Peranan PRS
  1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling 
  2. Sebagai khidmat sokongan,anda membantu menggerakkan perkhimatan bimbingan dan kaunseling di sekolah 
  3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan 
  4. Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain 


Prinsip PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama,bangsa,kedudukan,perlakuan dan fizikal


Etika PRS
 Sebagai PRS anda perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika,iaitu :
  • Amanah dan menyimpan rahsia 
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain 
  • Memahami batasan dan keupayaan diri 
  • sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek 
  • Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain 
  • Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling 
  • Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama 


Perkara yang boleh dilakukan oleh PRS

  • Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka yakin dan percaya diri,berasa selesa dan berempati 
  • Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat 
  • Mendengar,menjelas dan membantu rakan 
  • Melihat beberapa altermatif sebelum membuat keputusan 
  • Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif 
  • Mematuhi etika kerahsiaan 
  • Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi 
  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah 
  • memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya 
  • merujuk kes yang berat kepada guru bimbimgan dan kaunseling dan jadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru bimbimgan dan kaunseling atau orang yang lebih arif 
  • Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri 
  • menngutamakan keesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu 


Perkara yang tidak boleh dilakukan oleh PRS

  • Mengawal,memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus lakukan 
  • Mebuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka 
  • Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti 
  • Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri 
  • Membuka rahsia rakan 
  • Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera 
  • Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis dan masalah emosi yang mendalam 
  • Bertindak menyelesaikan masalah rakan 
  • Mengendali masalah rakan yang runcing sehingga menganggu ketenteraman jiwa 
  • Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain 
  • Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga menganggu pelajaran dan perasaan 


Etika PRS

  • Kerahsian 
  • Keadaan berisiko,bertanggungjawab memberi tahu kaunselor atau pengetua 
  • Jujur sekiranya tidak mampu memberikan pertolongan 
  • Hak untuk membantu rakan-rakan seberapa yang boleh 
  • Menerima dengan perasaan terbuka dan jujur 
  • Terlibat secara emosi memutuskan hubungan menolong dan dirujuk kepada kaunselor