Kerjaya

Kerjaya

1. Pendidikan Perkembangan Kerjaya
2. Mengenal Personaliti, minat dan nilai berhubung dengan pemilihan kerjaya.
3. Kesepadanan pemilihan pakej pensijilan terbuka, minat, personaliti,
dan nilai dengan kerjaya
4. Perkembangan Pasaran Kerjaya di dalam dan luar Negara
5. Maklumat mengenai bekerja secara bersendirian, kerajaan dan
koperat
6. Peluang pendidikan dan latihan kerjaya
7. Sumber kewangan bagi melanjutkan pendidikan dan latihan kerjaya
8. Institusi/agensi yang menyediakan kursus/latihan kemahiran lepasan
PMR / SPM / STPM.
9. Maklumat Kerjaya.


  1. Sektor Swasta
  2. Sektor kerajaan
  3. Kerja sendiri


KERJAYA PEMBANTU METEOROLOGI

Kumpulan: Sokongan


Kem/Jab: Jabatan Kaji Cuaca

Jadual Gaji:
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88

P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03

P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaoleh kerajaan serta lulus subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
  • [Gaji Permulaan ialah pada Gred C17:P1T1]; dan 
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan penerapan cuaca, merekod dan menghantar laporan cuaca berdasarkan piawai International Civil Aviation Organizational (ICAO) dan World Meteorological Organization (WMO). Memastikan semua sensor pengukuran cuaca beroperasi dan menentukan semua data dihantar keluar serta diterima dengan sempurna juga berperanan membekalkan maklumat asas untuk keperluan awam.

KERJAYA  TUKANG MASAK


Kumpulan: Sokongan


Kem./Jab.: Pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan

Jadual Gaji:
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia). 
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T1 RM820.38]; atau
  • Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dalam bidang penyediaan makanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T3 RM920.20]; atau
  • Sijil dalam bidang hotel dan katering daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9 RM1219.66]; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
Deskripsi Tugas:

  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
  • Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan.
  • Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan. 
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

  • Penerimaan/Penyimpanan Makanan Basah/Mentah dan Kering dari Pembekal
  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak diterima.
  • Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor,chiller atau freezer setelah diterima oleh pegawai.
  • Merekod suhu stor, chiller dan freezer. 
Pengeluaran Barang Makanan
Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah/basah atau kering dari stor, freezer/chiller.